Arkib

BERUBAH MELALUI TARBIYYAH : Mengapa usrah ? (Bah. 1)

usrah

Aku mengenali usrah hanya setelah usiaku telah mencecah dekad ke-empat. Syukur Alhamdulillah, ALLAH telah memilihku dan memberikan ku peluang ini. Aku tidak menyesali berjumpa jalan ini di kelewatan usiaku setelah aku lalui jalan-jalan kesesatan sebelum ini. Sejarah silam yang penuh kesesatan itu pasti ALLAH takdirkan agar dapatlah aku menumbangkan kesesatan itu dengan pengetahuan yang ada padaku, insyaALLAH.

Di kala ini, izinkan aku bercerita tentang hebat dan istimewanya usrah, yang sangat penting dalam tarbiyyah.

Bukan tidak pernah aku hadiri majlis-majlis ilmu dan agama dalam hidupku selama ini. Kerap. Jiwaku yang mencintai ilmu tidak akan lepaskan peluang itu. Tapi kesannya ? Sangat minimal. Ya, aku akui adakalanya pengisian majlis-majlis ilmu itu membuatkan aku tersentak, merenung jauh dan menanam dalam-dalam azam. Apatah lagi bila timbul isu masyarakat Islam diganasi. Paling terkesan di hatiku ialah isu bosnia Herzegovina yang ku saksikan di universiti dahulu. Sungguh menyayatkan hatiku. Timbul keinsafan untuk berubah. Isu Palestin usah dikata, acap kali telah ku lihat. Tapi apa yang ku perbuat selain mengalir air mata kesedihan ? Cukupkah sekadar air mata sahaja ?

Dan adakah majlis-majlis ilmu yang telah aku hadiri selama ini telah dapat mengubah dan menambahkan amalku? Apakah bila aku melangkah keluar meninggalkan majlis ilmu itu, adakah itu langkah permulaan untuk aku melakukan perubahan atau segala ilmu itu hanya ditinggalkan di dewan-dewan dan bilik kuliah ?

Dan, andainya aku telah berazam untuk berubah, siapakah yang dapat membimbing diriku ? Dari manakah aku dapatkan sokongan moral untuk menghadapi segala susah payah, jerit payah untuk berubah ? Adakah para ilmuwan itu berada di sisiku saat itu semua ?

Maka ternyata majlis-majlis ilmu tidak bisa membuatkan aku berubah atau aku hanya menanam azam tanpa meletakkan usaha secara berterusan…..

Mengapa ini terjadi ?

Izinkan aku gunakan analogi kuliah vs tutorial..
Bagi mereka yang telah mengikuti pengajian di peringkat tinggi, pasti dapat merasai perbezaan antara kedua majlis ilmu ini. Di dewan kuliah, coraknya lebih berat kepada komunikasi sehala sahaja dimana objektif utama adalah untuk pensyarah menyampaikan ilmu. Interaksi dengan pelajar dengan pensyarah agak terbatas. Kerap kali, hanya pelajar yang pro-aktif berusaha mengambil inisiatif untuk bersemuka secara terus dengan pensyarah. Namun, bilangan pelajar yang ramai tidak memungkinkan semua pelajar dapat disantuni oleh pensyarah.
Dalam kelas tutorial, bilangan pelajar yang lebih sedikit memungkinkan interaksi secara terus dengan tutor. Tutor dapat memberikan lebih ruang kepada pelajar dan membina hubungan yang lebih terbuka dan rapat. Ini memungkinkan pelajar untuk bertanya dan tutor dapat menyantuni segala permasalahan pelajar. Namun, ini tidak bermakna kuliah itu tidak penting, ianya saling melengkapi.

Maka, begitulah jugalah usrah – ia seumpama kelas tutorial itu. Bilangan pelajar (mutarabbi) yang lebih sedikit memudahkan pendidik (murabbi) memberikan fokus kepada keperluan mereka. Dapat berbincang, meluahkan rasa dan berkongsi cerita. Hubungan boleh dibina dengan lebih baik dan dapat membentuk tautan hati. Hubungan ini boleh membina faham diantara murabbi dan mutarabbi. Ini akan dapat mendorong mutarabbi untuk melakukan perubahan dirinya mengikut bimbingan murabbi. Pemantauan juga dapat dilakukan secara berterusan dan tidak dilepaskan begitu sahaja…penjagaan secara individu yang berterusan begini, insyaALLAH akan dapat membantu perubahan itu lebih kekal berterusan..

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna usrahlah satu-satunya cara untuk membimbing manusia. Kuliah itu masih lagi perlu untuk melihat the ` big picuture’ , namun, kuliah tanpa kelas usrah itu pasti menyukarkan kerana tiada tempat untuk berkongsi ilmu dan cerita.

Berubah itu perlu, namun ianya bukan mudah. Manusia perlu dibimbing kerana kita tidak mungkin berubah sepantas kilat dengan sendirinya. Itu mustahil. Siapa yang boleh membimbing manusia selain daripada kalangan manusia itu sendiri ? Tapi manusia yang bagaimana ? Sudah tentulah kita perlu kembali kepada pencipta kita, ALLAH dan DIA telah hantarkan utusanNYA ke dunia.

Rasulullah telah pun menyampaikan risalahNYA. Dan adakah kewafatan Nabi menjadi alasan untuk kita tidak lagi mendapat bimbingan ? Bukankah Nabi telah menghasilkan manusia-manusia hebat yang menjadi pewaris Nabi ?

Suatu pencarian bermula…

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama.

bersambung..inshaALLAH

Advertisements

Inilah jalannya

Jihad fisabillah

21 March 2013

Sungguh aku tidak menjangkakan perjalanan hijrahku ini sebegini rupa. Betapa ramainya murabbi yang ALLAH hadirkan dalam hidupku dalam setahun jagung perjalanan tarbiyyah ini, sungguh custome made untuk diri ini. Yang pastinya, ianya adalah hadiah paling istimewa dari Rabbku untuk hambaNYA yang kerdil dan hina ini.

Akidah adalah sesuatu yang dalam di dasar namun ia terlihat dari segala aspek kehidupan kita. Cara kita berfikir, cara keputusan dilakukan, cara kita melihat sesuatu dan segala segi. Dari situ, kita tahu apakah akidah kita telah benar-benar suci dan jernih atau ada lagi kefahaman-kefahaman yang khurafat dan menyanggahi kesaksian kita bahawa ALLAH itu Maha Esa and satu-satunya Ilah yang kita sembah.

Hanya apabila akidah itu telah benar-benar menusuki sanubari dan mengawal segala fikiran dan gerak laku kita, dapatlah menghasilkan amal yang benar-benar suci, ikhlas dan harum mewangi. Namun, proses penyucian akidah sangat rumit dan panjang bagi kita yang telah tercemar akidah akibat dari kefahaman yang ditanamkan dalam diri kita sedari kita lahir. Ia memerlukan satu mujahadah yang perit yang dikenali sebagai tarbiyyah.

Tarbiyyah ini telah meninggalkan kesan mendalam dalam jiwaku. Mengorek dalam-dalam segala karat, segala khurafat, segala kejahilan, segala kesongsangan yang terbina bertahun-tahun dalam hidupku. Perasaanku bercampur baur, antara perit pedih dan manis. Apa yang pasti, aku tahu, inilah satu-satunya jalan untuk aku mengenali DIA, ALLAH.

Tanpa mengenali Pencipta kita, kita tidak mungkin dapat mengenali siapa kita. Hubungan ini sangat penting untuk kita jaga, namun tanpa kefahaman yang benar, kita tidak mungkin dapat menjaganya mengikut kehendakNYA. Lantas, kita mengikut kefahaman sendiri yang salah dan boleh mengelincirkan diri kita di dunia dan akhirat. Nauzubillah min zalik.

Cuba kita fikir-fikirkan dalam-dalam, apakah setiap hari, setiap saat, setiap apa yang hendak kita lakukan, setiap apa yang fikirkan, kita meletakkan DIA melalui kalamNYA(Quran) dan ajaran Nabi Muhamad sebagai panduan ? SETIAP perkara dalam kita menguruskan kehidupan dan mentadbir diri kita, mentadbir segala amanah yang dipikulkan, apakah yang menjadi rujukan kita dalam dunia realiti ? Kerapkah kita membuka kalamNYA dan sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhamad untuk kita jadi rujukan atau kita merujuk pada panduan-panduan ciptaan manusia tanpa tauhid yang benar dan beramal dengan panduan manusia ? Paling mudah, bagi wanita, adakah pakaian yang kita pilih setiap hari untuk kita sarungkan ke tubuh kita, apakah kita mengikut kehendak ALLAH ? Dalam pergaulan lelaki dan perempuran, dalam menguruskan masa, harta dan keluarga, kerja dan amanah, adakah kita mengikuti segala yang tertulis dalam kalamNYA dan apa telah diajarkan Nabi ?

Tanpa beramal dengan panduan dari Ilahi, pertentangan berlaku dan terjadilah segala duka lara dan gelojak kehidupan ini sehingga penderitaan itu berlaku di mana-mana. Kita telah gagal menunaikan tugas kita dalam mentadbir dunia ini. Pastinya itu akan mengundang malapetaka ke atas diri tatkala kita berhadapan dengan NYA di akhirat nanti. Apatah lagi bagi kita yang telah mengucapkan kesaksian itu; namun amalan kita amat bertentangan dengan kesaksian kita sendiri. Ia tertinggal di bibir sahaja, yang mana bibir itu akan terkunci rapat kala kita di hisab nanti, nauzubilah min zalik..

Bukankah melaksana hukum ALLAH di muka bumi ini adalah tanggungjawab kita semua dan bukanlah tanggungjawab mereka yang kita telunjukkan kepada pemerintah, kepada ulama’ dan segala alasan yang hendak kita ciptakan untuk melepaskan diri. Ambil sikap mementingkan diri sendiri dan mengatakan itu bukan urusan aku adalah suatu sikap yang tidak mungkin dapat melepaskan diri kita di akhirat nanti kala kita dihisab nanti. Nauzubillah min zalik.

Lalu, dengan sedar bahawa kita perlu melaksanakannya, apa kah langkah seterusnya ? Di sini, kita haruslah menyosori seerah Nabi dan bagaimana pelaksanaannya dilakukan berdikit-dikit dengan membina manusia melalui tarbiyyah dan melahirkan manusia-manusia hebat yang menjadi pendakwah. Bertahun-tahun di uji sehingga menjadikan mereka kental dan tegap akidahnya. Barulah mereka bisa menegakkan Islam di dada mereka sebelum Islam itu ditegakkan secara amali.

Maka, apakah jalan lain selaln melalui melaksanakan apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad sedangkan ia telah pun benar terbukti ?

Mengapakah harus kita berpaling lagi dari jalan ini ?

Surah Yusuf : 108

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

Kembali ke dunia asing bersama misi, mengejar visi..

IMG00118-20111211-1054

Setelah setahun bumi kangaroo ini ku tinggalkan, aku kembali meneruskan juang bersama rindu bersarang.

“Kak, kenapa lama sangat akak meninggalkan kami ?”

Tiadalah aku akan jawapannya wahai rakan dan taulan. Aku teringat murabbi ku menekankan, tatkala keakraban itu tercipta, tatkala itulah ujian pasti menjelma. Memisahkan kita bagi mengingatkan yang kekal hanyalah ALLAH, Tuhan semesta alam. Mungkin itulah hikmahnya atas perpisahan. Aku kembali di saat mereka telah pun ALLAH tentukan titik penamat perjuangan di bumi ini dan meneruskannya di sana nanti..insha ALLAH.

Banyak berubah..agh..mengapakah aku meninggalkan tempat ini terlalu lama ? Takdir Tuhan, ku tiada jawapan.  Di sini aku mencari erti, di sini ku mengenal pengabdian abadi. Aku akui, adakalanya aku terlalu pentingkan diri dengan beruzlah dan bertafakur seorang diri…nikmat yang ALLAH berikan sepanjang kehidupan ku di aussie ini.

Parah hatiku tatkala ALLAH memisahkan aku dengannya, menghantar aku kembali ke dunia realiti. Hampir-hampir aku tewas menyesuaikan diri. Belajar meredai takdir Ilahi. Buangkan segala rasa zon selesa yang mencipta berhala tanpa disedari. Mencari gua untuk menyendiri dan menenangkan hati. Aku tidak tahu apa bakal menanti di hadapan ku ini. Apa yang pasti, perjalanan ini perlu diteruskan walaupun makin ramai meninggalkan aku bersendirian. Aku harus belajar bersandarkan pada Rabbku, seharusnya, ALLAH sahaja cukup bagiku.

Seusai rehlah dan bermusafir untuk menghadiri usrah seharian hari ini, aku rasa terlalu banyak yang perlu ku fahami dan pelajari. Belajar mendengar dan meneliti keperluan maknawi insan sebelum memberikan perkongsian itu sangatlah perlu dilakukan. Memahami karakter manusia yang berbeza-beza, menyantuni kelemahan mereka dan melonjakkan kelebihan yang ada. Sedia memaafkan dan mengakui kesilapan tanpa menangguh-nangguhkan. Perbetulkan niat setiap masa. Memandang semua orang tanpa menilai dan menjatuhkan hukuman.

Namun, di atas kertas ini tak mungkin sama dengan dunia realiti.

Time will tell the truth of what is hidden in our heart.

It is scary but that is the reality. Bila ada rasa takut, itu kerana kita mengingkari.

Do no turn back, this is not a u-turn road my dear..

KU KEMBALI KE DAERAH ITU..

Aku kembali ke daerah itu setelah sekian lama hati dan akalku berperang untuk datang. Hanya di saat-saat akhir keberangkatan aku kembali ke bumi kangaroo, aku bulatkan hatiku untuk datang. Sesungguhnya daerah yang menyimpan seribu satu macam kenangan dalam diari hidupku yang jua adalah bekas-bekas jahiliyyahku, tidak mungkin ditelan waktu. Ada hati bertaut kukuh, ada rasa mencengkam sukma, sungguh tidak mungkin dapat ditanggalkan tanpa mujahadah yang berat menghimpit jiwa. Di daerah inilah hatiku sarat mencari cinta dan penghargaan manusia  Mengejar cinta insan bernama lelaki, hingga aku menjadi jiwa yang sengsara…

Aku disambut dengan dakapan hangat ukhuwah dan kejutan yang mengukirkan senyuman yang meleret ke telinga. Terpancar riak gembira dan bangga saat aku berkongsi berita. Aku diibaratkan mereka seperti saudara mereka jua, jadinya, kejayaan aku adalah kejayaan mereka. Aku dianggap wakil penerima anugerah buat mereka. Dalam pada jahiliyyahku dahulu, seakan tidak logik akalnya aku bisa jua meninggalkan jejak rasa di hati mereka ? Sungguh ALLAH jualah yang MAHA KUASA menentukan rasa di hati manusia. Dalam pada riang gembira bertemu mereka, jiwaku terusik bila mereka bertanya dia. Aku sedar mungkin sahaja dia diam-diam memerhatikan, namun aku hanya bisa menggelengkan kepala, aku cekalkan hati menyakini, itu cinta terlarang yang bisa menghijabkan diriku dengan cinta yang kekal abadi kepada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Aku telah berdoa agar dia dijauhkan dari sisiku.

Namun, kepada adiknya yang sungguh banyak jasanya padaku dahulu, aku tetap menziarahi keluarganya. Kunjungan disambut penuh gembira, aku didakap erat beserta ciuman di dahi. Mereka satu keluarga sanggup menahan makan malam kerana ingin makan bersama-samaku.. Subhanallah, moga ALLAH memberkati keluarga itu dengan malaikat rahmat.

Sebagai dai’e, sudah tentunya aku ingin membawa mesej bersama ziarah ini. Secara santai, bersahaja dan biasa. Aku ingin mengatakan pada dunia, yakinilah aku telah berubah dengan dakwah dan tarbiyyah ini. Namun, pada masa yang sama, aku tidak mahu mereka lari dari kelilingku melibatkan ubah diriku yang terlalu. Berhati-hati dalam padaku membuat pilihan pakaian, yang boleh menyampaikan mesej dalamanku tanpa meperjudikan kefahaman yang tertanam pada pemikiran.

Wallahualam, aku tidak bisa menentukan apakah mesejku meninggalkan kesan mendalam.. Aku cuma menyampaikan, moga-moga ALLAH tinggalkan kesan jauh di lubuk hati mereka yang dalam..inshaALLAH..

Warkah buat seorang adik

Wahai adikku yang disayangi,
Pernahkah ketika bila di baca sirah Nabi dan para sahabat, kita seolah-olah boleh merasakan seperti apa yang kita lalui ini sama seperti apa yang mereka lalui , walau mediumnya dan segala-galanya berlainan..

1>dakwah senyap2

2>dakwah terbuka dan dikutuk, dihina, dicela, diseksa fizikal

3>berhijrah
4>berhadapan dgn kaum yg hasad dengki dan berpura2-perang mental
5>jihad fisabilillah
6>buka kota mekah

dan seterusnya….

Naqibah saya pernah berkata bila kita lalui apa yang telah dilalui oleh  orang  terdahulu,inshaALLAH itulah yg benarnya. Jika tidak sama, maka ada sesuatu yang tidak betul di situ. Bersyukurlah kerana kita lalui jalan yang susah dipermulaan ini sebab inilah sunnahtullah jihad ini dan bukan semua ALLAH pilih untuk lalui jalan ini.

If I can feel my heart connected to ALLAH

If I can feel my heart connected to Rasulullah

Each time I read the Quran and the sirah

If we can feel it in our heart

If you can feel my love for you even we are so far apart

Hardly meet and talk physically

If you can feel this ukhuwwah fillah

Just believe ALLAH, inshaALLAH

You are in the right path

Pray to ALLAH that this taufik

Will not be ripped away from us

I have seen so many examples here in our home town

Those who can’t survive in this path

They have turn their back in this da’wah

Nauzubillah min zalik

Surah At-Taubah : 23

“Say: If your fathers, and your sons, and your brethren, and your wives, and your tribe, and the wealth ye have acquired, and merchandise for which ye fear that there will be no sale, and dwellings ye desire are dearer to you than Allah and His messenger and striving in His way: then wait till Allah bringeth His command to pass. Allah guideth not wrongdoing folk.”

Hipokrit itu menakutkan

[12:35:11 PM] Hanin: di saat rasa lemah ALLAH izinkan saya baca tafsir al-maududi

[12:35:18 PM] Hanin: (2:20) It is as if the lightning would snatch their sight; whenever it gleams a while for them they walk a little, and when darkness covers them they halt.19 If Allah so willed, He could indeed take away their hearing and their sight.20 Surely Allah is All-Powerful.

[12:36:30 PM] Hanin: The first parable refers to those hypocrites who disbelieved completely but had become Muslims merely, to further their worldly interests.The second parable refers to those who were prone to doubt and hesitation or whose faith was weak; who believed in the Truth but not to the extent of exposing themselves to hardships for its sake. The ‘violent rainstorm’ here alludes to Islam, which came to the world as a blessing. ‘Pitch-dark clouds, thunder and lightning’ refer to trials, tribulations and difficulties which confronted the Islamic movement, owing to the violent opposition and resistance of those committed to Ignorance. The last part of the parable portrays the state of mind of the hypocrites. They move a little ahead when circumstances seem favourable, but when either difficulties cloud the horizon, or when they are given directives which run counter to their desires or inherited prejudices, they are seized with alarm and come to a halt.

[12:38:57 PM] Enta: huhu, betul2,,, hari tu baru je buat tafsir munasiqun…

[12:39:33 PM] Enta: kalau tengok awal2 surah baqarah tu menceritakan 3 golongan manusia kan…

[12:39:50 PM] Enta: ayat 1-5 golongan muslim

[12:39:57 PM] Enta: ayat 6-7 golongan kafir

[12:40:10 PM] Enta: dan ayat 8-20 golongan munafiqun…

[12:40:24 PM] Enta: huhu.. byk2 golongan yg Allah expalin dgn panjang lebar is the third one

[12:40:52 PM] Hanin: and we might be them if we were not careful with our thoughts and our acts

[12:41:05 PM] Enta: sgt betul…

[12:41:12 PM] Enta: mmg menakutkan

[12:41:35 PM] Hanin: feels like thunder in my chest when I read it just now

[12:41:45 PM] Hanin: ya ALLAH tarbiyah direct dari ALLAH

[12:42:44 PM] Enta: ;(

[12:43:15 PM] Hanin: saya selalu dpt macam ni

[12:43:32 PM] Hanin: jari-jemari saya sendiri ALLAH gerakkan

[12:43:36 PM] Hanin: selalu sgt

[12:44:01 PM] Enta: masyaAllah… tu tanda Allah syg

[12:45:33 PM] Hanin: ayat turun dariNYA tanpa naqibah/usrah/program

[12:45:42 PM] Hanin: ayat yg buat saya nangis

[12:46:23 PM] Hanin: kak..

[12:46:32 PM] Hanin: saya takut

[12:47:28 PM] Enta: huhu… takut tapi dari segi lain best… sbb Allah tak biarkan awak sorang2… kan?

[12:48:06 PM] Hanin: I can feel HIS words in my heart

[12:48:20 PM] Hanin: I feel close to HIM -yes

[12:48:59 PM] Hanin: I fear HIM-yes

[12:49:16 PM] Hanin: I had my high hopes to HIM-yes

[12:49:39 PM] Hanin: but I do not know what in front of me

[12:49:50 PM] Hanin: I fear of things that I cannot see

[12:50:29 PM] Hanin: I can feel something in front of me

[12:50:40 PM] Hanin: That things scares me

[12:50:57 PM] Hanin: but I know I just have to believe HIS words and move on

[12:51:06 PM] Enta: MasyaAllah…. huhu, terharu baca…

[12:58:43 PM] Hanin: just nak share

[12:58:44 PM] Hanin: http://www.islamicstudies.info/tafheem.php?sura=2&verse=8&to=20

[12:58:58 PM] Hanin: alhamdulillah dah stop crying

[12:59:07 PM] Hanin: jazakillah for your ‘ears’

[12:59:17 PM] Hanin: I shall be fine inshaALLAH

[12:59:30 PM] Hanin: pdf dah dpt

[1:04:13 PM] Enta: huhu….

[1:04:29 PM] Enta: not my ears… HIS

[1:39:05 PM] Hanin: betul tu..jazakillah for reminding me again

Cemburu

Kata-kata di saat matahari terbenam menyembah di dada langit tergiang-giang hingga kini..

“Kau seorang yang sungguh manja. Ramai orang dikelilingmu memanjakanmu,  termasuklah aku semasa kita bersahabat karib dahulu. Namun ALLAH uji engkau dengan menghantar seorang insan yang menuntut engkau memanjai dirinya. Mencemburuimu mungkin kerana engkau dimanjai begitu ramai manusia. Tetapi, kita sering alpa tentang siapa yang paling layak memiliki sifat cemburu ini – iaitu ALLAH. ALLAH sangat mencemburui hambaNYA yang lebih rapat dengan lain selain DIA. Bila kita bermanja kepada makhlukNYA lebih daripadaNYA, sudah pasti kita tidak meletakkan ALLAH di tempat paling teratas dihati kita. Bila kita bergantung kepada yang lain lebih dari DIA, sudah pasti kita akan jauh daripadaNYA. Maka di saat seperti itu, ALLAH hantarkan kita ujian bagi memberikan sedar supaya kita tidak terus-terusan disesatkan oleh cinta lain selain cintaNYA.

Namun, dalam pada engkau diuji cemburu keterlaluan seorang manusia, ALLAH tetap mengizinkan engkau disayangi ramai selain dia yang mencemburuimu terlalu. Bersyukurlah kerana engkau tidak sampai dibenci oleh semua manusia. ALLAH MAHA PENGASIH dan PENYAYANG kepada dirimu teman. Mungkin orang yang mencemburuimu merasakan nikmat itu tidak engkau tidak kongsikan dengan dia, lantas bermaharajalela lah rasa cemburu itu disetiap pelusuk sanubari. ”

Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah :”Allah subhanallah wa taala CEMBURU terhadap HATI HAMBANya yang mengabaikan cinta, harap dan takut kepadaNya, dan ada sesuatu yang LAIN dalam  hatinya selain Dia”

“..cemburu Allah tanda besarnya cinta. Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah tanda besarNya cinta Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hambaNya. Dia tidak memerlukan kita.Dia tak luak dengan kelalaian kita.Tak terjejas tanpa cinta kita. Tapi kita pula? Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting daripada kita memerlukan oksigen,makanan,atau minuman. Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara.Dia menawarkan cinta yang tidak pernah kenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung..”

sumber~solusi isu 28