Dihantui jahiliyyah lalu..

cloud of the day

Jahiliyyahku yang masih hitam pekat dan berdaki itu bukan mudah ditanggalkan. Tiap kali ku sangkakan ianya telah ku tanggalkan, rupanya ia masih melekat di fikiranku, di hatiku, di perbuatanku. Lalu ALLAH uji ku bertalu-talu untuk mengetahui apakah sudah selesai segala noda yang terbentuk bertahun-tahun lamanya.

Tiap kali ku rasa amalanku telah ku baiki setapak ke arah NYA, tiap kali itulah aku dihiasi dengan rasa riak dan memandang rendah orang lain. Kerap kali itu jugalah aku tidak sedar sehinggalah datang ujian dariNYA menjentikku dan memberi sedar dengan kasih sayang NYA. Dan tiap kali itulah aku akan rasa putus asa seketika sambil cuba untuk membaiki apa yang seharusnya perlu ku baiki. Mengakui kekurangan itu bukan senang melainkan ada sifat kehambaan yang sebenar-benarnya. Itulah mujahadahnya, bukan aku sahaja tapi kita semua.

Putaran itu berulang-ulang. Berusaha menjadi baik, berangan-angan dengan rahmatNYA lantas dihidapi rasa ujub dan berbuat maksiat, lantas dihantui rasa berdosa hingga berputus asa dan cuba untuk bangun kembali. Putaran ini juga telah dilalui oleh mereka yang telah melalui jalan ini sebelum aku. Aku harus kuatkan semangatku untuk kekal di jalan ini. Telah nekad, bulatkan hati dan inilah jalan yang ALLAH tunjukkan semasa aku mencari-cari dahulu. Jadi, mengapa perlu aku berpaling bila aku lihat jalannya berliku, berduri, penuh sembilu, tertusuk di sana-sini dan bukanlah jalan yang dihiasi indah warna bunga dan harum kasturi ?

Mengapa masih lagi takut menghadapi ujian ?

Mengapa masih lagi tidak mahu mengakui yang aku masih berbangga dengan kekuatan duniawiku ?

Mengapa masih lagi tidak mahu mengakui yang fikrahku masih belum sempurna ?

Mengapa masih tidak mengaku belum sempurna dalam padaku mengejar kesempurnaan itu ?

Redha Ilahi itu lah yang paling sempurna, bukanlah kesempurnaan itu dalam erti kata sebenarnya.

Dalam perjalanan ini, ALLAH hadirkan padaku insan-insan lain yang sedang bergelut dan hampir lemas di lautan mujahadah mereka. Mereka yang masih bergelut mencari faham agama, mencari kebenaran dalam keinginan untuk berubah. Adakalanya jurang itu sungguh terasa di sukma. Makin lama makin terasa jurang itu adakalanya. Dan saat itu jiwaku bergelut dalam menghampiri mereka kerana entah kenapa aku hilang faham terhadap mereka. Mula menilai dengan kaca mataku yang baru. Lantas mula resah bila bersama dan tidak tahu bagaimana hendak menyatuni mereka. Hatiku meronta-ronta menyeimbangkan diri dalam meraikan mereka dan menjaga amal dan imanku dalam masa yang sama.

Moga mujahadah ini diredhai Ilahi dan tidak dikotori.

al-Ma’idah (5:50)

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَ‌ۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ
مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمً۬ا لِّقَوۡمٍ۬ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum)
Allah bagi orang-orang yang yakin ?

http://bersamaummualiya.blogspot.com.au/2011/05/33-tipu-daya-jahiliyyah.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s