Archive | Disember 2012

Tulennya besi itu setelah dibakar api

Blacksmith_working

 

Wahai ukthi

Kau izinkan aku mendengar

Rintihan dan keluhan

Kesedihan dan kelesuan

Kau lemas

Tenggelam dalam lautan

Kakimu menerjah-nerjah

Menujah-nujah

Cuba apungkan diri

Kembali ke permukaan

Kembali bernafas tenang

Supaya tidak lagi tercungap-cungap

Nafas yang tertahan-tahan….

 

Wahai ukthi,

Aku insan biasa

Cuma bisa mendengar

Berteleku memberi simpati

Memberi dorongan

Moga kau bisa berhenti

Menoleh ke belakang yang silam

Terus meredah ranjau duri

Walau luka berdarah

Perit pedih ditusuk duri

Tiadalah kita pilihan

Melainkan melalui jalan ini

Jalan mereka yang telah tiada lagi

Jalan mereka yang telah bertemu bahagia abadi

Redha Ilahi yang kita ternanti-nantikan…

 

Itulah satu-satunya jalan

yang sukar

yang susah

yang sakit

yang lelah

yang payah

yang pedih

yang perit sekali…

Kerna syurga itu terlalu mahal

Perlu korban sehabis jiwa dan raga

Perlu diuji sehabis daya

Kerana tulennya besi

Hanya terhasil setelah dibakar api

Kotor dan karat bertaup rapat

Tidak bisa ternyah dengan sendiri

Tanpa dirobek-robek

Tanpa disiat keras sekali

ALLAH Maha Mengetahui

Sakit perih menyucikan hati kotor tak terperi

Usahlah kita sangsi

Ingatlah tika ALLAH menjanjikan  pertolongan

Dengan firmanNYA :

Surah Al-Baqarah

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (214)
Janganlah dikau sangsi….ya ukhti yang dikasihi..

 

 

 

Kembali ke dunia asing bersama misi, mengejar visi..

IMG00118-20111211-1054

Setelah setahun bumi kangaroo ini ku tinggalkan, aku kembali meneruskan juang bersama rindu bersarang.

“Kak, kenapa lama sangat akak meninggalkan kami ?”

Tiadalah aku akan jawapannya wahai rakan dan taulan. Aku teringat murabbi ku menekankan, tatkala keakraban itu tercipta, tatkala itulah ujian pasti menjelma. Memisahkan kita bagi mengingatkan yang kekal hanyalah ALLAH, Tuhan semesta alam. Mungkin itulah hikmahnya atas perpisahan. Aku kembali di saat mereka telah pun ALLAH tentukan titik penamat perjuangan di bumi ini dan meneruskannya di sana nanti..insha ALLAH.

Banyak berubah..agh..mengapakah aku meninggalkan tempat ini terlalu lama ? Takdir Tuhan, ku tiada jawapan.  Di sini aku mencari erti, di sini ku mengenal pengabdian abadi. Aku akui, adakalanya aku terlalu pentingkan diri dengan beruzlah dan bertafakur seorang diri…nikmat yang ALLAH berikan sepanjang kehidupan ku di aussie ini.

Parah hatiku tatkala ALLAH memisahkan aku dengannya, menghantar aku kembali ke dunia realiti. Hampir-hampir aku tewas menyesuaikan diri. Belajar meredai takdir Ilahi. Buangkan segala rasa zon selesa yang mencipta berhala tanpa disedari. Mencari gua untuk menyendiri dan menenangkan hati. Aku tidak tahu apa bakal menanti di hadapan ku ini. Apa yang pasti, perjalanan ini perlu diteruskan walaupun makin ramai meninggalkan aku bersendirian. Aku harus belajar bersandarkan pada Rabbku, seharusnya, ALLAH sahaja cukup bagiku.

Seusai rehlah dan bermusafir untuk menghadiri usrah seharian hari ini, aku rasa terlalu banyak yang perlu ku fahami dan pelajari. Belajar mendengar dan meneliti keperluan maknawi insan sebelum memberikan perkongsian itu sangatlah perlu dilakukan. Memahami karakter manusia yang berbeza-beza, menyantuni kelemahan mereka dan melonjakkan kelebihan yang ada. Sedia memaafkan dan mengakui kesilapan tanpa menangguh-nangguhkan. Perbetulkan niat setiap masa. Memandang semua orang tanpa menilai dan menjatuhkan hukuman.

Namun, di atas kertas ini tak mungkin sama dengan dunia realiti.

Time will tell the truth of what is hidden in our heart.

It is scary but that is the reality. Bila ada rasa takut, itu kerana kita mengingkari.

Do no turn back, this is not a u-turn road my dear..

Berhala Dalam Diri

Ada kalanya aku terfikir

Betapa mudahnya kita dilalaikan

Betapa rapuhnya iman

Niat itu mudah sekali

Lari jauh dari landasan

 

Dalam pada aku ingin membawa

Manusia beriman kepada Tuhan semesta alam

Aku membawa ketaksuban

Memesongkan fikiran

Personaliti penuh kepura-puraan

Populariti yang akhirnya mengikis ikhlasnya hati

Hangus amalan dijilat api

 

Berhala-berhala yang tersembunyi

Ujub dengan kelebihan ALLAH beri

Memandang sinis

Mereka yang berbeza personaliti

Menganggap diri patut diikuti

 

SIAPA ENGKAU ?

Mahu mengagungkan diri sendiri ?

SIAPA ENGKAU ?

Yang belum pastinya ke syurga lagi ?

SIAPA ENGKAU ?

Berani mencipta berhala lantas menyesatkan manusia ?

 

Itu semua tipu daya syaitan

Yang ingin menghancurkan

Dengan puji-pujian dan sanjungan

Bila si durjana itu tidak lagi mampu

Mempengaruhimu melakukan dosa yang nyata

Dia menghancurkan ikhlas hatimu

Hingga dia bisa membawamu ke neraka !

Nauzubillah min zalik….

 

Mujahadahnya kini

Kau tidak perlu berhenti di sini

Juang ini tidak boleh dinoktahi

Hanya kerna kau ingin menyelamatkan dirimu sendiri

 

Kau harus teruskan walau dalam kepayahan

Kau harus berjuang walau jatuh tersembam

Agi hidup, agi gelaban

Buatlah walau payah

Buatlah walau hatimu resah

Buatlah walau kau masih buat salah

Buanglah segala berhala dalam diri

Atau kelak, nantikanlah azab NYA nanti….