Archive | Julai 2012

Perjalanan seorang penyelidik..

Harus aku akui bukan perkara mudah untuk menjalankan kajian yang melibatkan manusia, yang ada hati dan perasaan serta maruah kemanusiaan. Debar hati tiap kali aku hendak menghubungi keluarga pesakit untuk mendapatkan izin; tidak dapat hendak ku gambarkan. Memandang pesakit hanya sebagai subjek untuk kajian akan menghancurkan rasa kemanusiaan dalam diri, mengenepikan mereka sebaik sahaja kajian diselesaikan dan sudah tentu bisa sahaja menimbulkan titik-titik hitam dalam hati ini..nauzubillah bin zalik.

Dan pesakit yang perlu aku berhadapan bukan sembarangan pesakit; mereka di ambang maut di unit rawatan rapi. Sudah pasti keluarga mereka dibelenggu emosi yang mencengkam diri. Kiranya aku berpura-pura ambil berat tentang mereka, aku bisa sahaja jadi seperti orang munafiq. Aku perlu kenal dan faham siapa mereka supaya aku dapat menyampaikan mesej tentang kajianku ini dan berikan sokongan kepada mereka. Ta’aruf, tafahum, takaful.

Kesilapan demi kesilapan tidak dapat dielakkan dalam pada aku berusaha mendapatkan izin daripada wakil pesakit. Pada asalnya, aku menghubungi mereka melalui talian telefon dan kerap kali lidahku kelu semasa aku perlu nyatakan tujuan aku hendak bertemu mereka. Perkataan `kajian’ disama ertikan dengan eksperimen dan apa yang digambarkan ialah tikus-tikus putih dalam makmal kajian. Tersemburlah kata-kata menghiris hati ` Eh, saya nak bagitau you, kalau you nak buat kajian, buatlah pada binatang !’

Begitulah sempitnya pemikiran masyarakat kita kala ini…bersambung…

JUANGKU DIBEDAH

oleh Syamhanin Adnanpada pada 18hb November 2011 pukul 8.27 ptg ·

Entah kenapa kunjungan ziarah tadi mengimbau pengalamanku sendiri saat aku ditimpa musibah..kesakitan dan kepayahan selepas menjalani pembedahan hanya boleh difahami oleh mereka yang pernah menjalaninya sahaja..satu sahaja yg boleh membuatkan ku bertahan; dengan memujuk hati bahawa kesakitan itu sebagai kafarah dosa2 lalu yg bertimbun2…

 Teringat daku saat-saat itu….

Perjalananku ke hospital berbaur cemas kerana pertelingkahan kecil yang hanya menambahkan gundah gulana di hatiku..Aku tahu ahli keluargaku dalam keadaan tertekan kerana musibah ke atas diriku apatah lagi hari yang dirancangkan untuk menghantarku ke lapangan terbang diganti olehNYA dengan menghantarku ke hospital untuk menjalani pembedahan…itulah kekuasaan ALLAH yang menguasai langit dan bumi..

Prosedur pre-pembedahan agak sinikal ku rasakan; dunia benar-benar sudah terbalik..aku yang sering menyediakan ubat untuk pesakit, kini aku menerima arahan untuk makan ubat…apatah lagi ubat-ubatan itu sangat sinonim bagiku yang bertugas di ICU..”Ya ALLAH, pasti ini baru permulaan cuma KAU menunjukkan padaku kekuasaanMU..” Kunjungan dua staff farmasi semasa aku di wad pra pembedahan telah sedikit sebanyak memberikan ku kekuatan, fahamilah kini mengapa ziarah org sakit itu sangat2 digalakkan dan besar ganjaran pahalanya…

Pakar bius yang selamba berjenaka telah cuba mententeramkan jiwaku..dia yakin benar bahawa uterusku bisa diselamatkan padahal detik kehilangan pemberian ALLAH itu telah terasa-rasa dilubuk sanubariku..teringat seloka jenaka rakanku bergelar pegawai perubatan, dengan kejamnya dia menghamburkan ke telinga ku..`Baru sekarang nak sedih2..tulah..dulu apasal tak kahwin ?’…agh…

Ada benar kata-katanya itu walau sangat kejam bunyinya, ya aku dahulu pernah mengelak pabila rakan-rakan medikku mengajakku ke bilik bersalin dengan alasanku yang kukuh, seeing and experiencing is totally two different thing..now I’m not going to have a chance to experience it at all…menitis air mataku dalam diam…

Debar jantung sangat terasa saat aku disorong ke bilik pembedahan…sungguh berlainan pandangan menyorong dan disorong..bukankah melihat pesakit disorong ke bilik bedah itu pandangan biasa untukku sebagai pharmacist ICU..kini duniaku telah diterbalikkan oleh ALLAH…

Kaki dan tanganku terasa sejuk saat aku ditinggalkan seketika sementara menanti saat aku ditolak masuk ke bilik bedah..jantung berdegup kencang..sehingga Pakar Bius yang berwajah selamba itu menghampiriku..”Syam, am here..I will set line to you ok ?” Aku mengangguk, faham benar prosedur perubatan itu..dan telah aku jangkakan, memang bukan mudah mencari saluran darah itu…lantas dia terpaksa guna alternatif..

Akhirnya aku disorong ke bilik bedah dan Pakar Bedah O&G menyapaku..`Don’t worry Syam, am here..I will see what I can do”..Aku mengangguk kerana aku telah pun izinkan dia membuang kantung uterus dan aku telah pun menyediakan mentalku untuk bersedia menerima hakikat bahawa aku tidak bisa bergelar ibu..

Duniaku terus hitam gelap sesaat aku dibius. Sedar2 aku melihat kabur jururawat bertanya, `Puan, dah boleh bangun puan ?’ . Catheter yg dipasang mengundang rasa amat tak selesa. Aku disorong kembali ke wad. Kelihatan kakak dan ibuku sabar menunggu. Saat aku dipindahkan kembali ke katil..pergerakan itu amat menyakitkan. Terasa otot2 abdomenku kejang dan ketat. Aku mengetap bibir menahan sakit.

Aku mohon diberikan ubat tahan sakit, dan aku tidak mampu membuka mataku, terasa lemah dan ingin berehat. Kedatangan Pakar Bedah O&G pada malam itu menerangkan apa yang telah terjadi semasa pembedahan. Dia bawakan gambar fibroidku; sepertiku jangka, uterusku terpaksa dibuang kerana saiz fibroidku yang sangat besar dan uterusku telah pun rosak strukturnya. Gambar fibroid itu sangat menyentap hatiku dan rahsia itu biarlah antara aku dan ALLAH sahaja YANG MAHA TAHU..

Malam itu aku menahan sakit dibahagian belakang, pasti kerana 3 jam aku dibedah di bahagian abdomen telah menekan tulang belakangku di atas besi katil bedah itu..Mujur Alhamdulillah, jururawat yg bertugas malam itu sangat mematuhi arahan Pakar, setiap jam memeriksa keadaanku,..

Saat itulah jugalah aku merindui untuk sujud dan merintih padaNYA..saat solatku tidak sempurna kerana ketidakupayaan untuk berdiri tegak..perasaan untuk hampir kepadaNYA menyentap-nyentap hatiku..

Saat aku terasa sungguh kerdil dan tidak berupaya, berjalan teresot2..mencari tempat berpaut..letih terbaring sepanjang masa..Hatta untuk sediakan makanan untuk diri sendiri pun tidak cukup kuat..sungguh manusia itu sungguh kejam dan hanya musibah bisa membangunkannya dari tidur yang lena..

UJIAN INI..

oleh Syamhanin Adnan pada pada 25hb Julai 2011 pukul 3.22 pagi

Aku kembali duduk di sini

Di bawah rimbunan pepohon

Mencari baitis2 pusi

Menulis hatiku

 

Di helaian kertas putih suci

Tiada kata dapat menggambarkan

Apa yang meresahkan fikiran

Tiada tulisan dapat melukiskan

Segala keserabutan fikiran

Kering ilhamku dalam mencari jawapan

 

 

Ku berdoa diberi ilham

Meleraikan persoalan

Meleraikan simpulan

Kerana aku sedar ini pasti

Terbit daripada hasutan

syaitan keji tak terperi

 

 

Bisakah kita sekarang ini

Beramal dalam pada diuji

Bisakah kita sekarang ini

Berpegang teguh pada Ad-Deen Ilahi

Dan kekal bersatu hati ?

Sungguh amat hebat kita diuji

 

 

Setiap ujian ini

Dengan izinNYA pasti

Bahkan jua kerna dosa sendiri

Muhasabahlan diri

Kita ini bukan mencari populariti

 

Kita ini daie

Mengajak rakan ke arah kebaikan

Bukanlah kita

Mengajak kepada ketaksuban

Pada diri yg tiada kelayakan

Kita ingin membawa rakan

Mengenali dan mencintai Tuhan

Mengenali dan mencintai Nabi junjungan

Para sahabat dan tab’iin

 

Menjadi daie tidak menjanjikan syurga abadi

Tetapi ianya sebagai pembakar

Memotivasikan diri

Mencari redha Ilahi

Kuatkanlah hati

Andai kita ini

Sedang ditapis oleh Ilahi

AKU INSAN BIASA

Aku tidak tahu bagaimana matiku nanti

Aku akur kisah sialim tetapi kufur tatkala mati

Hatta iblis kuat ibadatnya sebelum tersasar dari

Jalan lurus dikehendaki Ilahi

 

Aku juga masih berdosa dalam hati

Mana mungkin siapa bisa tahu dosa hatiku

Mana mungkin aku tahu apakah amalku

Akan di tolak dan dicampak kerana riak..

Dosaku yg lalu dan menggunung tinggi

Tiada terhidu oleh khalayak

 

Dan aku juga berdosa jika aku berdiam diri

Tidak lakukan apa-apa

Biarkan kelilingku bergelumang dengan dosa

 

Apakah bisa ku mengadap Tuhanku nanti

Tika aku ditanya

Kenapa aku tidak mengajak yg lain

Menyeru yang lain

Ke arah kebaikan ?

 

Tersilap langkahku

Bisa terhumban ke neraka

Kerana sikap mementingkan diri  sendiri sahaja

 

Tidak pedulikan langsung orang lain

Tidak kasihankan langsung orang lain

 

Namun aku ada cuma dua plihan….moga aku tidak disesatkan…mohon petunjukMU YA ALLAH YA RABBI

 

ISLAMKU, DAHULU DAN KINI

Dahulu aku sangka

Aku ini orang beriman

Seperti kehendak Al-Quran

Kafir dan munafik itu…

Oh..tidak mungkin aku bukan….

Aku kan solat

Aku kan puasa

Aku kan tutup aurat…

 

Cuma…adakalanya terasa-rasa juga

Rasanya aku ini seperti kurang taat….

 

Solatku, khusyu’ nya sekerat-kerat

Puasa, tapi rayanya yang berat

Tutup aurat..

Stokin tangan dan kaki – tidak pakai, boleh kan…

Tudung tidak labuh dan singkat

Jarang sehingga rambut terlihat

Nampak juga kan aurat…

Tapi aku yakin aku tutup aurat…..

 

Fahamanku jauh melarat

Lupa sungguh pasal akhirat

Ingat seperti tidak ingat

Dunialah diberi segala kudrat

Tidak dikaitkan dengan akhirat

 

Sungguh aku tersasar jauh dari landasan

Keimanan senipis kulit bawang

Emosi bergelut tiada kawalan

Kebahagiaan disandarkan pada cinta wahan

Hati tidak aman dan tenang

 

Tidak ku sangka

Rupanya aku ni belum cukup beriman

Itulah membuatkan aku

Terawang-awang

Mencari kebenaran dan ketenangan…